UPMKB telah menyertai booth Pameran Pendidikan Sempena Konvensyen Kepimpinan Pendidikan Sekolah Rendah Negeri Sarawak dan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Majlis Guru Besar Sarawak Tahun 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Guru Besar Negeri Sarawak bersama dengan Majlis Guru Besar Daerah Bintulu sebagai tuan rumah pada 24-26 Ogos 2022 bertempat di Dinner World, Bintulu.
Bahagian Pengurusan Akademik dan Penyelidikan turut bersama dalam program tersebut untuk memberi maklumat tentang program pengajian yang ditawarkan di UPM terutama kepada para pendidik yang ingin menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
Tarikh Input: 26/08/2022 |
Kemaskini: 07/10/2022 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA