Pihak Pusat Pertanian Putra, UPMKB akan menganjurkan KURSUS PENTERNAKAN ITIK PENELUR DAN PELAN PERNIAGAAN
Apa yang menarik?
Penternakan itik penelur mempunyai potensi dalam menjana pendapatan dan meningkatkan sosio-ekonomi penduduk kerana permintaan yang tinggi memandangkan menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Ini kerana itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam. Kursus ini akan mendedahkan kepada peserta secara terperinci tentang keperluan umum, penyediaan atau penghasilan makanan dan pengurusan kesihatan dalam penternakan itik penelur dan pelan perniagaan.
Tarikh:
27 JULAI 2024 (Sabtu)
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori) & Pusat Penetasan Unggas (Praktikal)
Penceramah:
Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna
Yuran Penyertaan:
RM180.00 (Peserta luar)
RM150.00 (Staf, Ahli keluarga Staf* dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)
**Ahli keluarga staf - Pasangan staf, anak-anak staf dan ibu bapa staf UPM
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus
Tarikh Tutup:
31 MEI 2024 (Jumaat)
Link pendaftaran:
Urusetia:
Puan Nurliyana Bin Mahdar
Encik Mohamad Fitri Bin Bujang
H/P: 011 - 25634022
Tel. Pejabat: 086 - 855667
No. Fax Pejabat: 086 - 855283
Pegawai Seranta:
Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna - 019-8340886
Pn. Norbaya Che Rus - 016-9419677
Cik Josephine Jawai Makos - 013-7073252
Nota:
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 31 Mei 2024 (Jumaat). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 31 Mei 2024 (Jumaat).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.
Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Updated:: 13/03/2024 [lanz]
MEDIA SHARING