PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2.0 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2.0

PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2.0


PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2.0

Program Inkubasi Usahawantani UPMKB merupakan program keusahawanan dan yang pertama seumpamanya, yang pada awalnya dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia Serdang bermula pada tahun 2011 sehingga kini. Bermula pada tahun 2018, Program Inkubasi Usahawantani ini telah diperluaskan pelaksanaannya ke UPM Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Program ini dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan buktinya, program ini turut mendapat sokongan yang padu daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) dan akan diteruskan pada tahun 2019 yang dikenali sebagai Program Inkubasi Usahawantani UPMKB 2.0.

Fokus utama program ini adalah untuk melahirkan usahawan baharu dalam bidang pertanian. Sepanjang mengikuti program ini, peserta akan didedahkan dengan ilmu yang berkaitan dengan keusahawanan dan perniagaan selain menambah kemahiran dalam aspek komunikasi, pengucapan awam dan membentuk sahsiah dan jati diri perserta. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan pengurusan ladang secara praktikal di lapangan mengikut modul yang dipilih.

MODUL YANG DITAWARKAN

  • Modul Tanaman Secara Fertigasi
  • Modul Ternakan Ayam Kampung Kacukan
  • Modul Ternakan Ikan Dalam Sangkar


PELAKSANAAN PROGRAM

  • Secara sepenuh masa
  • Tempoh: 3 September 2019 sehingga 28 Januari 2020 (5 bulan)
  • Lokasi: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB)


KELAYAKAN MEMOHON

  • Graduan berkelayakan minimum Diploma dalam bidang pertanian dan bukan pertanian
  • Berumur antara 18 - 30 tahun
  • Sihat tubuh badan


KELEBIHAN

  • Layak menjadi ahli Kelab MyAgrosis
  • Sijil Penyertaan
  • Elaun bulanan diberikan
  • Penginapan di dalam kampus disediakan dengan kadar yang berpatutan


Sehubungan itu, pihak kami mempelawa mana-mana individu yang berminat dan layak untuk menyertai program ini. Permohonan boleh dikemukakan dengan melengkapkan Borang Permohonan (Google Form) seperti pautan berikut:

http://bit.do/PIU-UPMKB-2-0

Sebarang makluman atau pertanyaan berhubung perkara ini boleh hubungi pihak Urus Setia seperti maklumat di bawah.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

En. Dexter Elvin Anak Menari
Unit Inkubasi Usahawantani
Pejabat Pengarah
Taman Pertanian Universiti (TPU) dan Pembangunan
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
No. Tel. (P)    : 086-855652
No. Tel. (B)   : 013-5741899
No. Faks       : 086-855488
Emel            : dexter@upm.edu.my

 

Updated:: 04/06/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbBAV~