Jawapan 2 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Jawapan 2

Jawapan 2

Terdapat banyak punca abdomen membesar atau perut buncit, iaitu :

  1. Pengumpulan lemak di bahagian perut.
  2. Masalah dalam abdomen seperti fibroid.
  3. Pengumpulan air dalam rongga abdomen (ascitis) yang disebabkan oleh pelbagai penyakit.
  4. Hamil


Sekiranya hasil pemeriksaan mengesahkan punca perut buncit adalah pengumpulan lemak. Senaman berikut boleh membantu mengatasi masalah ini, iaitu:

  • Baring terlentang dengan tangan di atas peha. Angkat bahu seolah hendak bangun ataupun seolah hendak bawa tangan anda ke lutut. TIDAK perlu bangun habis, separuh sahaja, asalkan boleh nampak kaki anda. Lakukan 20 ulangan dan boleh ditambah sekiranya mampu.
  • Baring dengan kedua-dua lutut bengkok ke atas dan tapak kaki di atas lantai. Siku pada paras bahu (seolah tangan di belakang kepala), Bawa lutut kanan dan siku kiri menemui satu sama lain secara serentak. Lakukan yang sama dengan siku kanan dan lutut kiri. Jumlah ulangan boleh ditentukan mengikut kemampuan sendiri. Namun disyorkan kalau boleh dalam 10 ulangan setiap kali. Lakukan dua atau tiga kali. Lakukan senaman ini setiap hari.
  • Menambah bakteria baik ke dalam usus. Penambahan bakteria baik dalam usus dapat dilakukan dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi bakteria baik seperti susu masam dan yogurt.

Updated:: 24/08/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEeOAX~