Jawapan 3 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Jawapan 3

Jawapan 3

Kegagalan jantung berlaku akibat jantung yang lemah atau rosak. Dalam keadaan ini, jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi ke seluruh tubuh atau otot jantung tidak mengendur sepenuhnya untuk mengisi darah yang mencukupi.1,2

Kegagalan jantung boleh menjejaskan bahagian kiri, bahagian kanan atau kedua-dua belah jantung.1,3

  • Dalam kegagalan jantung di sebelah kiri, jantung tidak dapat mengepam darah yang beroksigen ke seluruh tubuh. Terdapat dua jenis kegagalan jantung di sebelah kiri– kegagalan sistolik yang mana jantung tidak berupaya untuk mengepam darah ke seluruh tubuh disebabkan kekurangan daya dan kegagalan diastolik yang mana jantung menjadi kaku dan tidak dapat berehat sepenuhnya untuk membenarkan darah yang cukup memasuki jantung.
  • Dalam kegagalan jantung di sebelah kanan, jantung tidak dapat mengepam darah yang mencukupi ke paru-paru untuk menyerap oksigen semula. Ia biasanya berlaku akibat kegagalan jantung di sebelah kiri.


Sila rujuk pautan link video:

1. MyHEALTH : Kegagalan Fungsi Jantung

Updated:: 24/08/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEeIAa~