Jawapan 6 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Jawapan 6

Jawapan 6

Tekanan darah rendah berlaku apabila darah melalui saluran darah pada tekanan yang kurang dari kebiasaan. Dari segi istilah perubatan, seseorang dianggap mempunyai tekanan darah yang rendah apabila bacaan tekanan darah kurang daripada 90mmHg pada bahagian sistolik dan kurang daripada 60mmHg pada bahagian diastolik (<90/60 mmHg).

Pada kebanyakan keadaan, kebanyakan pesakit tekanan darah rendah tidak mempunyai apa-apa simptom.Hal ini berlaku apabila sistem badan seseorang sudah beradaptasi dengan tekanan darah tersebut dalam jangka masa yang lama.Namun, tekanan darah yang rendah ini menjadi signifikan apabila terdapat bahagian badan menunjukan tanda-tanda tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Simptom-simptom yang mungkin dihadapi:

  • Pening kepala
  • Rasa mual
  • Pengsan
  • Dehidrasi
  • Penglihatan yang kabur
  • Kelesuan
  • Masalah depresi

Terdapat beberapa punca keadaan tekana darah rendah berlaku. Antaranya:

  • Faktor penuaan
  • Ubat-ubatan
  • Diabetes
  • Kehamilan
  • Masalah Jantung
  • Jangkitan yang teruk
  • Alergi yang teruk
  • Kekurangan zat-zat makanan tertentu seperti, Vitamin B12 dan folic acid.

Terdapat gaya pemakanan yang boleh diamalkan bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah.

a. Garam

Garam boleh memberi kesan kepada hormon yag mengawal kandungan air di dalam badan. Pengambilan garam pada kadar tertentu dapat memberikan kesan yang baik kepada tekanan darah.

b. Vitamin B12 dan Asid Folik.

Makanan yang tinggi Vitamin B12 dan asid folik dapat meningkatkan tekanan darah. Antara makan yang tinggi Vitamin B12 ialah daging,telur,ikan dan produk tenusu. Contoh makan yang tinggi asid folik ialah sayuran hijau,brokoli,kekacang dan hati.

c. Air

Pengambilan air mencukupi juga dapat membantu meningkatkan tekanan darah. Kuantiti yang disyorkan ialah sebanyak 1.5 L sehari atau 8 gelas sehari.

d. Kafein

Terdapat sebahagian kajian mengaitkan kandungan kafein dapat membantu meningkatkan tekanan darah. Antara makanan dan minuman yang mengandungi kafein ialah kopi, teh dan coklat.

Kesimpulannya, tekanan darah rendah mempunyai pelbagai punca dan kerapkali mereka yang mempunyai tekanan darah rendah tidak mempunyai apa-apa simptom. Namun, jika terdapat simptom yang timbul dari tekanan yang rendah, nasihat perubatan adalah perlu agar punca tekanan darah rendah dapat dikenalpasti. Cara pemakanan hanya dapat membantu setelah punca tekanan darah rendah ini dikenalpasti.

Updated:: 27/09/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEeLAo~