Jawapan 7 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Jawapan 7

Jawapan 7

Pergerakan mengetap, menggesel, atau/dan mengisar antara gigi-gigi di rahang atas dan di rahang bawah secara tidak disedari atau disengajakan disebut sebagai ‘bruxism’ dalam istilah perubatan. Ia boleh terjadi semasa tidur mahupun jaga. Mereka yang mempunyai maslah ini mungkin atau tidak mengalami sebarang simptom.

Tabiat ini mungkin berpunca dari:

  • Stres atau tekanan perasaan
  • Perubahan gigitan akibat trauma atau rawatan gigi
  • Susunan gigi yang tidak betul
  • Masalah perubatan seperti Cerebral Palsy
  • Posisi badan yang tidak betul
  • Perubahan hormon
  • Tidak diketahui punca

Tanda-tanda dan akibat tabiat ini ialah:

  • Permukaan gigi yang haus
  • Gigi atau tampalan patah
  • Sakit kepala
  • Sakit di bahagian sendi rahang
  • Gigi terasa ngilu atau sakit
  • Sendi rahang berbunyi semasa membuka dan menutup mulut
  • Kesakitan/luka di bahagian sudut mulut
  • Kesukaran untuk tidur
  • Sakit telinga
  • Sakit pada otot muka

Antara perkara yang anda boleh lakukan bagi menangani masalah ini ialah:

  1. Meletakkan tuala basah yang suam pada sendi rahang. Tindakan ini dapat mengurangkan rasa sakit sendi rahang.
  2. Meningkatkan kemahiran menangani stress. Dengan menangani stress, tabiat bruxism ini juga dapat dikurangkan.
  3. Dapatkan nasihat doctor pergigian. Anda mungkin memerlukan tampalan semula pada gigi yang terjejas atau occlusal splint (pelindung mulut) untuk dipakai pada waktu malam waktu tidur bagi mengelakkan permukaan gigi haus.

Contoh Pelindung Mulut yang dipakai ketika tidur

Updated:: 27/09/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEePA4~