Jawapan 8 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Jawapan 8

Jawapan 8

Gaya pemakanan yang mengaitkan jenis darah adalah idea yang cuba diketengahkan oleh Peter J. D’Adamo melalui buku yang dikarang oleh beliau, “Eat Right 4 Your Type”. D’Adamo menyatakan setiap makanan yang dimakan akan berinteraksi secara kimia mengikut jenis darah seseorang. Beliau juga mendakwa jika seseorang dapat mengambil corak pemakanan yang tepat, maka badan dapat mencerna makanan dengan baik. Kesannya, berat badan dapat dikurangkan, mendapat sumber tenaga yang baik dan membantu mencegah penyakit.

Berikut merupakan cadangan pemakanan beliau bagi setiap jenis darah:

  • Darah jenis “O”: pemakanan yang tinggi protein(daging,ikan),sayur-sayuran dan sedikit bijirin,kekacang dan produk tenusu. Beliau juga mencadangkan makanan tambahan tertentu untuk membantu masalah penghadaman dalam kalangan darah jenis “O”.
  • Darah jenis “A”: Diet tanpa daging yang hanya mengesyorkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana D’Adamo berpendapat darah jenis “A” mempunyai sistem pertahanan yang sensitif.
  • Darah jenis “B”: Perlu mengelakkan makan yang mengandungi jagung,gandum,tomato, kacang tanah dan bijan. Ayam juga akan memberikan masalah kepada mereka yang berdarah jenis ini. D’ Adamo menyarankan unutk mengambil sayur-sayuran hiaju, telur, sesetengah jenis daging dan produk tenusu rendah lemak.
  • Darah jenis “AB”: Makan perlulah berfokus pada tauhu,makanan laut, produk tenusu dan sayuran hijau. Beliau mendakwa mereka berdarah jenis ini mempunya kandungan asid yang rndah dalam perut. Jadi, perlu mengelakkan kafein dan alkohol.

Jadi, pola pemakanan yang seperti ini menjadikan jenis makanan yang boleh anda makan sangat terbatas dan memerlukan daya usaha yang tinggi untuk dipatuhi. Gaya pemakanan seperti ini juga tidak memberikan kebebasan untuk seseorang menikmati makanan yang disukai oleh mereka.

Satu kajian ada menujukkan bahawa seseorang yang mengamalkan diet untuk darah jenis ”A” menunjukkan peningkatan yang baik dari segi kesihatan. Namun, keadaan ini memberikan impak kepada semua jenis darah, tidak tertumpu kepada darah jenis “A” sahaja. Pada tahun 2013, kajian semula menunjukkan tiada bukti yang menyokong kebaikan gaya pemakanan mengikut jenis darah ini. Seseorang boleh menurunkan berat badan dengan cara ini, namun disebabkan oleh pengamalan panduan pemakanan yang ketat.

Secara keseluruhan, idea gaya pemakanan mengikut jenis darah akan mengelakkan seseorang untuk mengambil makanan yang diproses mahupun karbohidrat yang ringkas. Panduan seperti ini akan membantu seseorang untuk menurunkan badan. Namun, penurunan berat badan yang berlaku tiada kaitan dengan jenis darah. Setakat ini, tiada lagi kajian yang membuktikan gaya pemakanan ini membantu dari segi pencernaan mahupun memberikan sumber tenaga yang lebih baik. Gaya pemakanan seumpama ini juga akan memberikan pilihan makanan yang terhad.

Kesimpulannya, tiada kaitan keperluan supplemen makanan tertentu untuk jenis darah tertentu. Anda bebas memilih supplemen makanan tertentu berdasarkan keperluan diri anda selagi mana ia selamat dan tidak memudaratkan kesihatan anda. Gaya pemakanan yang seimbang juga harus diamalkan di samping supplemen yang anda ambil.  Gaya pemakanan yang seimbang ini juga memberi peluang untuk anda menikmati makanan yang anda sukai.

Anda boleh rujuk pautan ini untuk makluman tambahan:

Sila rujuk pautan link video:

1. Eating For Your Blood Type: Does It Matter?

Updated:: 27/09/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEeIAH~