Jawapan 9 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» Jawapan 9

Jawapan 9

Dalam usaha kita memerangi wabak COVID-19, program vaksinasi dilihat memberi harapan kepada kita. Namun, keadaan sesetengah orang yang mengambil vaksin ini menghadapi kesan sampingan selepas suntikan menimbulkan tanda tanya tentang kesesuaian vaksin ini dengan keadaan pesakit yang mempunyai alahan atau eczema.

Secara keseluruhan, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk para pesakit eczema dan kebanyakan pakar dari dalam dan luar negara mengesyorkan pengambilan suntikan vaksin COVID-19 ini.

Setakat ini, tiada lagi bukti yang menunjukkan vaksin COVID-19 akan menjadikan keadaan ekzema semakin teruk. Namun, ada kesan sampingan lain yang kebiasaannya wujud selepas suntikan vaksin seperti rasa sakit dan bengkak pada tempat suntikan, keletihan, kesejukkan, sakit-sakit otot, demam dan loya, terutamanya selepas suntikan dos yang kedua. Ada juga kemungkinan seseorang akan mempunyai alergi yang teruk(anaphylaxis) selepas suntikan. Namun,data terkini dari Amerika Syarikat, Britain dan Norway menunjukkan keseluruhan kes yang melibat kesan alergi yang teruk hanya berlaku 276 kes dalam 27 juta orang yang divaksin atau pada kadar 10.2 kes dalam setiap 1 juta dos. Bilangannya sangat sedikit dan tidak hanya tertumpu kepada mereka yang mepunyai ekzema sahaja.

Oleh sebab itu, pusat vaksinasi mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemantauan selama 30 minit kepada mereka yang mempunyai sejarah alahan agar keadaan “anaphylaxis” ini dapat ditangani dengan segera, sekiranya berlaku. Hal ini kerana keadaan tersebut kebiasaannya berlaku beberapa minit selepas suntikan diberi.

Bagi pesakit ekzema yang yang menerima rawatan ubat yang melemahkan sistem pertahanan badan(immunosuppressant), anda boleh berbincang dengan doktor yang merawat anda berkaitan rawatan sedang anda ambil agar keberkesanan vaksin adalah pada tahap yang terbaik.

Kesimpulannya, pesakit ekzema atau alahan secara umumnya adalah selamat untuk mengambil suntikan vaksin. Namun, pesakit digalakkan untuk berbincang dengan doktor pakar yang merawat agar informasi lebih tepat tentang keadaan kesihatan anda dengan vaksin ini.

 

Updated:: 27/09/2021 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEeJAK~