KURSUS PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN DURIAN MUSANG KING (D197) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» KURSUS PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN DURIAN MUSANG KING (D197)

KURSUS PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN DURIAN MUSANG KING (D197)



Pihak Pusat Pertanian Putra, UPMKB akan menganjurkan KURSUS PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN DURIAN MUSANG KING (D197)

Apa yang menarik?
Para peserta akan didedahkan dengan senario dan potensi-potensi penanaman durian terutama durian Musang King (D197), dan jenis-jenis durian yang lain seperti klon yang berpotensi tinggi untuk ditanam, pengurusan di tapak semaian dan media tanaman. Penanaman dan pengurusan durian dari peringkat anak benih sehingga ke peringkat penanaman di ladang (Kaedah semaian & penanaman, pembajaan, kawalan penyakit dan perosak). Demonstrasi pelbagai kaedah pembiakan anak benih durian yang biasa diamalkan untuk mendapatkan hasil peratusan (%) pertumbuhan yang tinggi yang akan dikendalikan pegawai yang berpengalaman.

Tarikh:
29 Jun 2024 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPM Kampus Bintulu Sarawak

Penceramah:
En. Sat Maling
 
Fasilitator:
En. Awie Danguah

Yuran Penyertaan:
RM180.00 (Peserta luar)
RM150.00 (Staf, Ahli keluarga Staf* dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)

**Ahli keluarga staf - Pasangan staf, anak-anak staf dan ibu bapa staf UPM

Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus.

Link pendaftaran:
https://forms.gle/vMVti6s4Nx6RAPWS6

Pertanyaan
En. Hazman Julaihi
H/P: 010-4386885
Hj. Rodzlan Kasan
H/P: 019-8555998
En. Awie Danguah
H/P: 019-8595864
Tel: 086-855667

Pegawai Seranta:
En. Sat Maling
H/P: 019-8860595

Tarikh Tutup:
24 Jun 2024 (Isnin)

Nota:
Sila hantar borang penyertaan berserta resit pembayaran kepada urusetia kursus selewat-lewatnya pada atau sebelum 24 Jun 2024 (Isnin) atau hubungi kami di talian 010-4386885 (En. Hazman Julaihi), En. Awie Danguah (019-8595864) & Hj. Rodzlan Kasan (019-8555998)

Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
 

Updated:: 28/03/2024 [lanz]

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdBAK~