Pihak Pusat Pertanian Putra, UPMKB akan menganjurkan KURSUS PENGURUSAN PENTERNAKAN AYAM
Apa yang menarik?
Daging dan telur ayam sangat digemari kerana hampir semua rakyat Malaysia boleh makan produk hasilan ayam. Selain itu, peningkatan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengambilan makanan berkhasiat menyebabkan permintaan terhadap daging dan telur ayam terus meningkat setiap tahun. Menjadi penternak ayam sebenarnya tidak sukar. Kursus ini akan memberi panduan kepada peserta yang ingin menternak ayam mengenai keperluan umum, penyediaan reban, pengurusan dan penyelenggaraan harian sehingga penuaian. Turut dikongsikan juga ialah ilmu pengetahuan tentang pengurusan kesihatan ayam, penyediaan dan penghasilan makanan untuk ayam serta penyelesaian kepada masalah yang sering dihadapi oleh penternak ayam.
Tarikh:
27 April 2024 (Sabtu)
Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat:
Pusat Pertanian Putra, UPMKB (Teori) & Pusat Penetasan Unggas (Praktikal)
Penceramah:
Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna
Yuran Penyertaan:
RM180.00 (Peserta luar)
RM150.00 (Staf, Ahli keluarga Staf* dan Pelajar UPM)
(Nota: Termasuk sijil penyertaan, bahan kursus & makan minum)
**Ahli keluarga staf - Pasangan staf, anak-anak staf dan ibu bapa staf UPM
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus
Tarikh Tutup:
7 April 2024 (Ahad)
Link pendaftaran:
https://forms.gle/DevErwPBMi6FndMV9Pertanyaan
Urusetia:Puan Nurliyana Bin Mahdar
Encik Mohamad Fitri Bin Bujang
H/P: 011 - 25634022
Tel. Pejabat: 086 - 855667
No. Fax Pejabat: 086 - 855283
Pegawai Seranta:
Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna - 019-8340886
Pn. Jega Jantai - 013-8395384
Cik Josephine Jawai Makos - 013 - 7073252
Nota:
1. Penganjuran kursus akan dibatalkan sekiranya tidak mencapai bilangan minimum penyertaan (20 orang) pada tarikh tutup 7 April 2024 (Ahad). Yuran penyertaan yang telah dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.
2. Yuran penyertaan tidak akan dipulangkan sekiranya kursus diteruskan tetapi peserta menarik diri selepas tarikh tutup 7 April 2024 (Ahad).
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian peserta yang berpunca daripada tempahan tiket penerbangan dan penginapan untuk mengikuti kursus ini.
Anjuran:
Pusat Pertanian Putra (PPP)
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
Updated:: 13/03/2024 [lanz]
MEDIA SHARING