14 PELAJAR ANTARABANGSA IKUTI SARJANA MBA DI UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » 14 PELAJAR ANTARABANGSA IKUTI SARJANA MBA DI UPMKB

14 PELAJAR ANTARABANGSA IKUTI SARJANA MBA DI UPMKB

BINTULU: Seramai 14 pelajar antarabangsa telah mendaftar secara rasmi sebagai pelajar baharu program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Sarawak, baru-baru ini.

Pendaftaran pelajar baharu ini merupakan ambilan pertama program MBA di UPMKB dengan kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM Kampus Serdang.

Penyelaras program MBA UPMKB Bintulu Dr Aryaty Alwie berkata, program MBA di UPMKB adalah bagi memberi peluang kepada warga tempatan dan antarabangsa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah tinggi secara kerja kursus di Bintulu.

"Program MBA di UPMKB dilaksanakan secara trimester iaitu ambilan pada bulan Mac, Julai dan November dalam setahun," katanya pada sesi sual kenal bersama pelajar terbabit baru-baru ini.

Selain itu katanya, pelaksanaan pembelajaran yang ditawarkan adalah secara hibrid bagi memenuhi keperluan golongan bekerja. 

Hadir sama dalam sesi suai kenal tersebut ialah Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPMKB Profesor Madya Ts Dr Wong Tze Jin. 

Keterangan dan maklumat lanjut mengenai program ini boleh menghubungi talian 086-855613, 086-855212, 086-855324 atau e-mel aryaty@upm.edu.my.

Date of Input: 04/04/2024 | Updated: 04/04/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEeCAr~