COSAFS 2024 ANJURAN UPMKB BERLANGSUNG PADA 10-13 JULAI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » COSAFS 2024 ANJURAN UPMKB BERLANGSUNG PADA 10-13 JULAI

COSAFS 2024 ANJURAN UPMKB BERLANGSUNG PADA 10-13 JULAI

BINTULU: Kongres Pertanian Mampan dan Keselamatan Makanan (COSAFS) 2024 anjuran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan berlangsung dari 10 hingga 13 Julai depan.

Kongres empat hari itu mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD).

"Ia merupakan tarikh dan tempat baharu dan diawalkan dari tarikh lama kongres sepatutnya berlangsung di Kuching pada Oktober nanti," menurut UPMKB dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, UPMKB berharap agar peserta kongres itu nanti dapat berhubung dengan urus setia dan melayari laman sesawang COSAF bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung pindaan tarikh dan lokasi acara.

Urus setia memberitahu COSAFS 2024 diadakan sempena sambutan Sarawak Agrofest 2024 dan Hari Sarawak 2024 sememangnya menjanjikan ilmu berguna berkaitan sektor pertanian dan keselamatan makanan.

Pada masa sama, ia menjadi landasan kepada semua penggiat sektor pertanian di Sarawak bertukar pengetahuan mengenai inisiatif penting bagi memajukan pertanian mapan dan memperkukuh keselamatan makanan untuk generasi akan datang. 

Untuk maklumat lanjut, peserta yang ingin mengambil bahagian boleh melayari laman sesawang COSAF di http://cosafs2024.upm.edu.my/ manakala bagi pendaftaran secara online mereka boleh layari https://forms.gle/2VA3dtHkwPVCkL8u8.
 

Date of Input: 25/03/2024 | Updated: 25/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbUAG~