FOKUS KEMAHIRAN DALAM PENULISAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » FOKUS KEMAHIRAN DALAM PENULISAN

FOKUS KEMAHIRAN DALAM PENULISAN

Bintulu, 3 Mei 2024 - Pejabat Pendaftar (UPMKB) telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk “Bengkel Pemantapan Pengurusan Pejabat” yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendaftar (UPMKB).
 
Bengkel ini telah dihadiri oleh sembilan (9) orang peserta yang dijemput khas dari pelbagai pejabat/entiti yang khusus mengurus pengurusan pejabat masing-masing. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan pejabat dan memberikan pendedahan kepada pemantapan gaya bentuk penulisan dalam minit mesyuarat dan kertas kerja.
 
Bengkel ini turut dijayakan dengan jemputan penceramah iaitu Encik Noor Hakim bin Ahmad, Ketua Pentadbiran, UPMKB dan Encik Mohd Amaludin bin Salleh, Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar, UPMKB. Peserta didedahkan dengan teknik merekod minit mesyuarat dengan betul serta pentingnya mendokumentasi maklumat yang disampaikan dalam mesyuarat.
 
Bengkel ini turut menampilkan perkongsian idea antara peserta dan penceramah yang membincang aspek pengurusan pejabat dan susun atur penulisan supaya maklumat yang disampaikan memberi kesan kepada produktiviti pejabat/entiti masing-masing. Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk membincangkan cabaran dalam menyusun minit mesyuarat dam kertas kerja dengan lebih tersusun dengan format yang betul.
 
Keseluruhan bengkel ini diharap dapat memberi manfaat yang signifikan kepada peserta dengan memberi mereka kepada pendedahan yang lebih mendalam akan format kertas kerja dan minit mesyuarat terkini. Bengkel ini bukan sahaja mampu membantu individu meningkatkan kemahiran mereka, tetapi juga boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/entiti secara keseluruhan dalam UPMKB.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 07/05/2024 | Updated: 07/05/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFUEA1~