Miri - 3 Mac 2024, Miri Marathon, seramai 2 orang pelajar UPMKB telah menyertai pertandingan Miri Marathon yang diadakan di bandaraya Miri pada ahad yang lepas.
Harresh Ramesh Kumar, pelajar program Diploma Pertanian Semester 5 telah merangkul tempat ketiga (3/794) dalam kategori separa marathon (21KM) lelaki terbuka dengan catatan masa 1:20:14. Manakala Azim Nazihan Bin Salimin daripada program Bacelor Akuakultur dengan Kepujian semester 4 telah menduduki tempat 17/292 dalam kategori marathon penuh (42KM) lelaki terbuka dengan catatan masa 3:40:46.
Tahniah dan syabas diucapkan khas daripada seluruh warga UPMKB.
Date of Input: 07/03/2024 |
Updated: 07/03/2024 | lanz
MEDIA SHARING