PERPUSTAKAAN UPMKB HULUR SUMBANGAN, KEPADA MANGSA KEBAKARAN SUNGAI PLAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS
» NEWS » PERPUSTAKAAN UPMKB HULUR SUMBANGAN, KEPADA MANGSA KEBAKARAN SUNGAI PLAN

PERPUSTAKAAN UPMKB HULUR SUMBANGAN, KEPADA MANGSA KEBAKARAN SUNGAI PLAN

BINTULU: Perpustakaan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Sungai Plan Lot Kidurong di Masjid Al-Muttaqin Kampung Sungai Plan Lot semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Projek Infaq Perdana Bahagian Perpustakaan UPMKB Noraini Turky kepada mangsa terlibat dalam musibah tersebut.

Barangan disumbangkan ialah makanan, keperluan bayi, lampin pakai buang, susu, pakaian, kelengkapan sekolah serta alat permainan kanak-kanak yang merupakan hasil pengumpulan barangan Infaq Perdana dan sumbangan peribadi pelbagai pihak.

Ketua Bahagian Perpustakaan UPMKB Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan berkata pihaknya berharap sumbangan itu dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah itu.

"Kami terus melaksanakan program tanggungjawab sosial ini bagi membantu golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan dan menjelang musim perayaan ini," katanya.

Penyerahan barang sumbangan itu diadakan dengan lancar.

Date of Input: 27/03/2024 | Updated: 27/03/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BINTULU SARAWAK CAMPUS

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbSAZ~