JOM BACA BERSAMA 10 MINIT DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » JOM BACA BERSAMA 10 MINIT DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI UPMKB

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DI UPMKB

BINTULU, 23 April: Warga kampus telah menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 minit yang berlangsung di UPM Kampus Bintulu Sarawak. Aktiviti membaca yang bermula pada jam 11.00 pagi selama 10 minit itu mendapat sambutan sangat menggalakkan terutamanya para pelajar.
 
Program yang dianjurkan bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan secara serentak seluruh negara dengan sub-tema Pembacaan Melestarikan Perpaduan. Ianya merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan dan memupuk budaya membaca di kalangan warga UPM seterusnya menjadikan rakyat Malaysia berilmu bertaraf dunia.
 
Pada hari yang sama juga Perpustakaan UPM Kampus Bintulu telah menghantar peserta untuk menyertai Program Pembacaan Melestarikan Perpaduan anjuran Pustaka Miri dan Perpustakaan Awam BDA. Pada program tersebut, Puan Surimah Hj Basri, Pustakawan kanan Perpustakaan UPMKB telah dijemput sebagai Panel Forum Bicara membaca yang mengangkat tema “Peranan Perpustakaan dalam era ledakan maklumat di Media Sosial”.
 

 

Tarikh Input: 25/04/2024 | Kemaskini: 25/04/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFEXAi~