KUNJUNGAN HORMAT KUUB KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT KUUB KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

KUNJUNGAN HORMAT KUUB KE KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Pada 22 April 2024, telah diadakan satu lawatan kunjungan hormat delegasi Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) ke Bahagian Hubungan Antarabangsa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya. Lawatan kunjungan hormat ini bertujuan untuk membentangkan penubuhan KUUB serta membincangkan hala tuju dan pelan strategik KUUB bagi tahun 2024-2025 dengan pihak KPT.
 
Sesi perbincangan tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Datin Noorazah Omar, Timbalan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa di KPT. Pada pertemuan tersebut, pihak KPT menyatakan akan memberikan sokongan penuh serta membantu pihak KUUB dalam merencanakan pelan strategik yang telah dirancang. Penubuhan KUUB juga telah dimasukkan secara inklusif dalam sebahagian agenda pengantarabangsaan pihak KPT sekaligus menandakan usaha kerjasama dalam mencapai objektif pemantapan pendidikan tinggi nasional.
 
Delegasi KUUB diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (Pengerusi Pengasas KUUB), Tuan Haji Fakhzan Haji Buang (Ketua Sekretariat Kehormat KUUB) dan Encik Noor Hakim Ahmad (Ketua Kluster Pendidikan).
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 25/04/2024 | Kemaskini: 25/04/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFERAF~